Zakat Gaji Beserta Kadarnya

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 May 2003 telah membincangkan Zakat Gaji Beserta Kadarnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat gaji dan pendapatan adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.

Keputusan (English): 
 
Zakat on salary and its rate
 
Decision:
 
The 56thMuzakarah (Conference)of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 7thMay 2003 has discussed zakat on salary and its rate. The Committee has decided that the basis for zakat calculation for salary and income depends on the gross annual income and the rate is 2.5% of the total income.