Zakat Ke Atas Pendapatan FELDA Dan Syarikat-Syarikatnya

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 - 24 Nov 2005 telah membincangkan Zakat Ke Atas Pendapatan FELDA Dan Syarikat-Syarikatnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. FELDA wajib mengeluarkan zakat ke atas hasil pendapatannya dengan mengambilkira pendapatan anak-anak syarikat, sekiranya semua urusan ke atas pemilikan ekuiti dan akaun pendapatan anak-anak syarikat dikawal oleh FELDA sendiri.
     
  2. Walaubagaimanapun, sekiranya pendapatan anak-anak syarikat FELDA diuruskan melalui akaun yang berasingan, maka anak-anak syarikat tersebut wajib mengeluarkan zakat pendapatannya secara berasingan.
Keputusan (English): 
 
Zakat on Felda income and its subsidiaries
 
Decision:
 
The 71stMuzakarah (Conference)of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24thNovember 2005 has discussed zakat on FELDA and its subsidiaries. The Committee has decided that:
FELDA is obliged to pay zakat on its income, and it should take into consideration the income of its subsidiaries, if all administration pertaining to equity ownership and income of the subsidiaries are managed by FELDA itself.
 
However, if the income of the subsidiaries is administered separately, the subsidiaries should pay zakat on their own.