Zakat Ke Atas Syarikat
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 yang bersidang pada 9 Dec 1992 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat. Muzakarah telah memutuskan bahawa syarikat perniagaan adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti berikut:
- Perniagaan yang dimiliki oleh orang islam.
- Perniagaan yang dimiliki oleh orang islam yang merdeka.
- Sempurna milik.
- Cukup nisab.
- Cukup haul ( genap setahun qamariah/ 354.3hari)
- Kadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5%.
Syarikat yang dimiliki bersama antara orang islam dan bukan islam, maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang diperolehi.
Keputusan (English):
Zakat on company
Decision:
The 31stMuzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 9thDecember 1992 has discussed zakat on company. The Conference has decided that a business company is obliged to pay zakat when it fulfils these conditions:
-
The company is owned by Muslims
-
The company is owned by free Muslims
-
Complete ownership
-
The amount of the wealth reaches the minimum zakatable limit (nisab)
-
The wealth has been possessed for one lunar year (354.3 days)
-
The zakat rate on company is 2.5%
As for the company shared by Muslims and non-Muslim, only the share owned by the Muslim is zakatable. The zakat is calculated based on the nett income obtained.
Keterangan/Hujah:
LATAR BELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Zakat dan Cukai Pendapatan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri pada 7 Mac 1989 telah memutuskan supaya Bahagian Hal Ehwal Islam menyediakan kertas kerja bertajuk Zakat Ke Atas Syarikat untuk dikemukakan kepada Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia untuk mendapatkan keputusan tentang hukum dan kadar zakat.
Keputusan ini diperlukan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri (JHDN) bagi membolehkan jabatan tersebut memberi rebet cukai pendapatan dari jumlah wang yang dibayar oleh syarikat-syarikat berkenaan kepada Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri seperti mana yang diberikan kepada orang perseorangan yang telah membayar zakat. Ini adalah untuk mengelakkan syarikat yang telah membayar zakat daripada terpaksa membayar cukai pendapatan (syarikat berkenaan terpaksa membayar dua kali iaitu zakat dan cukai pendapatan).
HUJAH DAN DALIL
Penubuhan syarikat di negara ini tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Jenis-jenis syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta ini terbahagi kepada tiga iaitu:
a. syarikat berhad menurut saham,
b. syarikat tidak berhad, dan
c. syarikat menurut jaminan.
b. syarikat tidak berhad, dan
c. syarikat menurut jaminan.
Para ulama telah sepakat bahawa syarikat-syarikat perniagaan wajib mengeluarkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat wajib zakat perniagaan seperti berikut:
a. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam,
b. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam yang merdeka,
c. Sempurna milik,
d. Cukup nisab, dan
e. Cukup haul (setahun qamariah 354.3 hari).
b. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam yang merdeka,
c. Sempurna milik,
d. Cukup nisab, dan
e. Cukup haul (setahun qamariah 354.3 hari).
Pendapat tersebut adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 267:
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu...
Wahai orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu...
Para ulama mentafsirkan perkataan dengan erti berbagai usaha halal yang dilakukan oleh manusia sama ada usaha perniagaan, perindustrian, pertanian dan sebagainya, sama ada usaha itu dilakukan secara berseorangan atau syarikat. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
...tidak terhimpun antara yang terpisah dan tidak terpisah antara yang terhimpun kerana takut bersedekah (zakat), dan orang-orang yang menternak binatangnya hendaklah berdamai antara keduanya dengan berdasarkan persamaan...
...tidak terhimpun antara yang terpisah dan tidak terpisah antara yang terhimpun kerana takut bersedekah (zakat), dan orang-orang yang menternak binatangnya hendaklah berdamai antara keduanya dengan berdasarkan persamaan...
Berdasarkan hadis ini dapat disimpulkan bahawa beberapa individu yang berada dalam satu syarikat atau perkumpulan maka dianggap satu tanpa dipisah-pisahkan antara satu sama lain.
Apabila sebuah syarikat ditubuhkan dengan niat untuk menjalankan perniagaan sama ada syarikat perkhidmatan, syarikat guaman, perhotelan, runding cara, perubatan, rekreasi, cari gali dan sebagainya, maka syarikat tersebut dianggap syarikat perniagaan yang dikenakan zakat perniagaan. Kadar zakat yang dikenakan adalah sebanyak 2.5% daripada pendapatan bersih.
Oleh itu, menjadi kewajipan syarikat perniagaan mengeluarkan zakat bagi pihak pemiliknya dan sekiranya syarikat tersebut tidak mengeluarkan zakat, maka pemiliknya hendaklah mengeluarkan zakat secara persendirian. Syarikat perkongsian antara orang Islam dan bukan Islam, maka zakat hanya dikeluarkan berdasarkan saham milik orang Islam sahaja.
Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)
- 306 reads
Printer-friendly version
