Zakat Ke Atas Syarikat Yang Dimiliki Oleh Tabung Haji

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-58 yang bersidang pada 29 Jul 2003 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat Yang Dimiliki Oleh Tabung Haji. Muzakarah telah memutuskan bahawa

  1. Anak-anak syarikat Tabung Haji wajib membayar zakat masing-masing.
     
  2. Dalam membuat perkiraan zakat, dividen yang diisytiharkan oleh anak-anak syarikat dan dibayarkan kepada syarikat induk hendaklah ditolak.
     
  3. Zakat ini hendaklah dibayar berdasarkan modal asal dan keuntungan sekiranya ada.

 

Keputusan (English): 
 
Zakat on companies owned by Tabung Haji
 
Decision:
 
The 58thMuzakarah (Conference)of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 29thJuly 2003 has discussed zakat on companies owned by Tabung Haji. The Committee has decided that:
 
  1. Tabung Haji subsidiaries are obliged to pay their own zakat
  2. In the zakat calculation, the declared dividend paid to the parent company should be deducted
  3. The zakat should be paid based on the basic capital and the profit, if any.