6. Permohonan Untuk Mendapatkan Fatwa Status Anak Bashariah Binti Bahari.

Tarikh Keputusan: 
1 Dec, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 29 Syawal 1426 bersamaan 1 Disember 2005 buat kali ke 168 berpendapat peruntukan enakmen undang-undang keluarga Islam Perak 1994 pindaan 1996 / 1992 fasal 76 ( 2 ) ' jika seseorang bapa yang disangkakan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tidak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, mahkamah boleh apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya memerintahkan bapa yang disangkakan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang di fikirkan munasabah oleh mahkamah. Boleh dikenakan keatas dependan berkenaan jika dependan mengaku anak berkenaan adalah anaknya, jika sekiranya ia tidak mengaku bolehlah dibuat ujian DNA.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
168
Negeri: