Adakah Semua Jenis Cerai Taklik Menjatuhkan Talak Dan Adakah Ia Boleh Ditarik Balik?
Tarikh Keputusan:
1 Jan, 1970 Keputusan:
Semua jenis Cerai Taklik adalah Sah dan jatuhlah Talak apabila berlaku perkara yang ditaklikkan tersebut dan semua jenis cerai taklik tidak boleh ditarik balik.
Keterangan/Hujah:
Dalil
1) Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Tiga perkara bersungguhnya adalah sungguh, dan berguraunya juga adalah sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk".
2) Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Tiga perkara bersungguhnya adalah sungguh, dan berguraunya juga adalah sungguh iaitu talak, membebaskan hamba dan nikah".
Negeri:
- 500 reads
Printer-friendly version
