Ajaran Yang Dibawa Oleh Puan Tijah @ Khatijah binti Ali

Tarikh Keputusan: 
14 Jun, 1989
Keputusan: 
Bahawa ajaran yang dibawa oleh Puan Tijah atau Khatijah binti Ali adalah ajaran yang bertentangan dengan ajaran, aqidah dan Syariah Islamiyah dan oleh itu orang-orang adalah ditegah daripada mengikuti dan mengamalkannya.

 

Keterangan/Hujah: 
Bahawa ajaran yang dibawa oleh Puan Tijah atau Khatijah binti Ali adalah satu ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam: antaranya;

a) Menyamakan sifat Allah dengan sifat Adam
b) Menyatukan watak Allah, Malaikat, Adam dan Iblis sebagai Allah mengikut keadaan.
c) Menangis dalam sembahyang adalah syirik
d) Mungingkar adanya Isra' dan Mi'raj

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
6 Jul, 1989
Nombor Rujukan: 
JAWI/A/145; PN.(PU²)197/II.
Akta/Enakmen: 
Seksyen 41 - Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952