Akad Nikah Menerusi Sidang Video
Tarikh Keputusan:
24 Jan, 2001 Huraian Tajuk/Isu:
Di dalam kitab Feqah karangan ulama Mujtahidin tidak terdapat perbahasan tentang perkahwinan menerusi sidang video secara langsung kerana di zaman mereka belum ada alat-alat komunikasi elektronik seperti video, internet dan sebagainya. Seandainya sudah ada dan telah dikemukakan kepada mereka di zamannya, kita yakin para fuqaha' akan mengeluarkan hukum atau fatwa. Cuma di akhir-akhir ini dengan perkembangan teknologi yang pesat baru kedengaran soalan-soalan dan pertanyaan, apakah perkahwinan jarak jauh menerusi sidang video (Video Conference) tanpa kehadiran wali dan calon lelaki di dalam satu majlis ini sah?
Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 24 Jan 2001 telah membincangkan mengenai akad nikah menerusi sidang video. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:
1) Bahawa akad nikah menerusi sidang video adalah diharuskan dengan syarat-syarat berikut :
a. Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin (bukan zan)
b. Tidak ada unsur penipuan (al-gharar)
c. Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah termasuk tazkiah syuhud.
d.Tertakluk kepada enakmen keluarga Islam 1983.
2) Fatwa ini dikeluarkan berdasarkan alasan bahawa syarat ithadul majlis ( اتحاد المجلس) menjadi persoalan pokok sah atau tidak akad nikah menerusi sidang video telah dipenuhi. Walaupun akad nikah seperti ini tidak dikatakan sebagai ithadu hakiki ( اتحاد حقيقي ) tetapi ia boleh dikelaskan sebagai ithadu fil ma"na atau ithadu majazi(اتحاد مجازي )
Negeri:
- 893 reads
Printer-friendly version
