Bantuan kepada pesakit buah pinggang

Tarikh Keputusan: 
14 Feb, 1999
Huraian Tajuk/Isu: 

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terenggannu bersetuju menyumbangkan dua unit alat pencuci buah pinggang kepada hospital Kuala Terengganu. Sumbangan ini akan membabitkan penggunaan wang zakat.
Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa pada masa ini pihak hospital memerlukan banyak alat rawatan bagi menampung tuntutan perubatan yang semakin berkembang, bagaimanapun peruntukan untuk pembelian alat-alat itu tidak ada ataupun tidak mencukupi.

Keputusan: 

Mesyuarat bersetuju menjadikan supaya Pesuruhjaya Hal Ehwal agama Islam membuat pembelian secara hutang terlebih dahulu. Kemudian hutang ini dibayar oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu melalui wang zakat Sinf al-Gharimin. Sekiranya baki wang dalam Sinf ini tidak mencukupi ia boleh diambil (dirad) daripada Sinf-sinf yang lain seperti Sinf ar-Riqaab atau Mualaf jika masih banyak berbaki.
Alat akan yang dibeli dan diserahkan kepada hospital itu hendaklah dicatatkan sebagai sumbangan daripada Majlis.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: