Cadangan Istibdal Sebahagian Lot 359 Tanah Wakaf Khas Al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan Dengan Dua Unit Rumah Kedai Tiga Tingkat Yang Dibina Oleh Syarikat Sentosa Jaya Sdn. Bhd

Tarikh Keputusan: 
4 Jul, 2004
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 4 Julai 2004 telah membincangkan cadangan Istidbal sebahagian Lot 359 tanah wakaf khas Al-Marhum Tengku Yahya Kaya Pahlawan dengan dua unit rumah kedai tiga tingkat yang dibina oleh syarikat Sentosa Jaya Sdn. bhd. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
 
1) Diharuskan istibdal sebahagian daripada tanah Wakaf Khas Al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan di lot 359 kepada Syarikat Sentosa Jaya Sdn. Bhd. dan sabagai gantinya dua unit lot kedai tiga tingkat sebagaimana yang dicadangkan dalam projek ini hendaklah diberi milik kepada Majlis Agama Islam Kelantan selaku nazir kepada tanah Wakaf Khas ini.
 
2) Mesyuarat Jamaah Ulama" juga menasihatkan sebelum projek pembangunan di atas dijalankan, Majlis selaku nazir kepada harta wakaf ini hendaklah mengambil tanggungjawab yang tinggi bagi memastikan ianya tidak terdedah kepada risiko yang mengakibatkan kerugian atau luput manafaat wakaf atau hilang harta wakaf ini sendiri yang berpunca dari silap membuat perhintungan atau kelemahan pengurusan atau penipuan atau kecuaian manusia.

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: