Fatwa Mengenai Orang Islam Yang Cuba Keluar Dari Agama Islam (Murtad) Di Malaysia Umumnya dan Negeri Kelantan khususnya

Tarikh Keputusan: 
24 Aug, 2003
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 24 Ogos 2003 telah membincangkan fatwa mengenai orang Islam yang cuba keluar dari Agama Islam (Murtad) di Malaysia umumnya  dan Negeri Kelantan khususnya . Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
 

1. Tiada seseorang pun yang telah diakui beragama Islam boleh mengaku bahawa dia bukan Islam melainkan setelah mahkamah memberi pengesahan sedemikian.

2. Sebelum mahkamah membuat pengesahan, seseorang itu hendaklah dianggap beragama Islam dan segala perkara yang berkaitan dengan Agama Islam adalah terkena ke atasnya.

3. Jika seseorang Islam dengan sengaja cuba, samada dengan perkataan atau perbuatan hendak keluar dari agama Islam, Mahkamah bolehlah, jika berpuas hati, memerintahkan orang itu supaya ditahan di pusat bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi 36 bulan bagi tujuan pendidikan dan orang itu hendaklah diminta bertaubat mengikut hukum syara'.

4. Pegawai penjaga hendaklah menyerahkan laporan kemajuan kepada mahkamah pada setiap bulan.

5. Pusat bimbingan Islam hendaklah diwartakan sebagai pusat tahanan di dalam warta.
Mesyuarat juga menasihati pihak yang diberi kuasa mengikut undang-undang supaya mewujudkan Pusat Bimbingan Islam seperti yang diperuntukan di bawah seksyen (102)(3) Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: