Fatwa Mengenai Pengharaman Ajaran Azhar Bin Wahab ( Pengasas Al-Mansur Holding Sdn Bhd )
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 4 Julai 2004 telah membincangkan fatwa mengenai pengharaman ajaran Azhar Bin Wahab (pengasas Al-Mansur Holding Sdn Bhd). Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
1) Ajaran Azhar Bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar, dan
2 ) Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar Bin Wahab dianggap menyalahi hukum syara' dan wajib bertaubat.
1.1 Tadhir Arwah;
Azhar mengamalkan konsep ini dengan mendakwa beliau didampingi pak sheikh dan rohnya bersama wali Songo;
Ulasan:
Mengikut Sheikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya"rawi dalam kitabnya 'Fatawa' muka surat 230-231 bermaksud;
Konsep 'Tadhir Arwah' adalah diharamkan oleh syara'.Sheikh Mutawalli Sya'rawi ketika ditanya mengenai Tadhir Arwah dan berubat dengan menggunakan roh, beliau berkata :
" Apakah yang boleh memberitahu kepada mereka bahawa yang hadir itu adalah roh?. Adakah mereka mengenali roh sehingga apabila ia datang , mereka boleh berkata inilah roh yang kami kenal. Yang mungkin mereka kata ialah; sesungguhnya mereka menghadirkan kekuatan yang tersembunyi tetapi bukan roh. Itu semua tidak dapat diterima, dan orang yang berkata sesungguhnya ia menghadirkan roh mengikut Quran, maka orang itu adalah pembohong dan penipu...yang mereka hadirkan itu adalah jin.
1.2 Aurad Muhammadiah
Azhar bin Wahab juga mengaku mengamalkan aurad Muhammadiah dan mendakwa sebagai lakonan dengan tujuan menarik bekas pengikut-pengikut Al-Arqam. Oleh itu sama ada ia bermaksud sebagai
lakonan namun uanya tetap tidak dibolehkan syara'.
Ulasan:
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang diadakan pada 5 Ogos 1994, telah mengharamkan Aurad Muhammadiah yang diamalkan oleh Al-
Arqam . Pada masa yang sama turut diwartakan juga oleh seluruh negeri-negeri .
1.3 Menggunakan Tawassul
Azhar bin Wahab telah mengangkat dirinya sendiri sebagai seorang yang hebat, seolah-olah dia tergolong sebagai wali dan orang-orang soleh . Oleh itu beliau meminta supaya pengikutnya menggunakan dirinya sebagai Tawassul kepada Allah . Banyak bukti yang mendapati bahawa beliau sendiri sering melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan syara'; seperti meninggalkan sembahyang Jumaat, memakai seluar pendek,berbohong kepada pengikut serta mendakwa perkara yang bukan-bukan dan
bertentangan dengan syara'.
Ulasan:
Bertawassul dengan zat atau peribadi seseorang samada Rasul, Nabi atau Wali, adalah diantara cara bertawassul yang tidak pernah diperintahkan oleh Allah atau pun disampaikan oleh
Rasulnya . Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T. dalam Surah Az-Zumar , ayat 3 bermaksud :
" Ingatlah ( hak yang wajib dipersembahkan ) kepada Allah ialah segala ibadat dan bauan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari
Allah untuk menjadi pemimpin dan penolong (sambil berkata):"Kami tidakmenyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya.
Sesungguhnya Allah akan menghukum diantara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik ) tentang apa yang mereka berselisihan padanya.
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta ( mengatakan yang bukan-bukan ), lagi sentiasa kufur ( dengan melakukan syirik )".
1.3 Berbai'ah
i- Setiap ahli baru dikehendaki berbai'ah terlebih dahulu dan tempatnya tidak ditentukan . Mungkin dirumah, dipejabat atau dimana-mana sahaja yang dirasakan sesuai . Bai'ah pula tidak
terikat kepada kaedah tertentu .
ii- Jika seorang atau dua ahli, cara memegang tangan akan digunakan sekiranya ramai , kain akan digunakan untuk melindungi mereka dengan tujuan dapat dipegang oleh semua , seolah-olah dalam
bulatan. Upacara ini diketuai samada oleh Hj.Illias atau Ustaz Hanapi dengan diperhatikan oleh Azhar bin Wahab .
iii-Semasa berbai'ah para ahli akan diminta melafazkan ayat-ayat berikut iaitu ; 'Saya (....nama....) dengan ini mengaku akan memberi taat setia kepada jamaah dibawah pimpinan Sayyidi
Sheikh Syed Muhammad Amin Al Mansur Al Hallaj, Nabi Khidir dan berjanji akan taat setia tidak berbelah bagi............'
iv- Majlis berbai'ah yang diadakan akan diketuai oleh Ustaz Hanapi atau Hj Illias yang dilantik sebagai ketua majlis dengan memegang sebilah keris kecil. Antara bacaan yang perlu
dibaca ialah ;
a. Al Fatihah
b. Membaca ; لقد جاءكم..... الي اخر - Surah At-Taubah Ayat 128
c. Membaca ; لا اله الا انت سبحنك اني كنت من الظالمين
d. Selawat keatas Nabi
e. Membaca ; سبحن الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر
f. Membaca ; استغفر الله العظيمsebanyak 3kali
v-Keris kecil 4 inci akan digunakan dalam pengijazahan.
Disamping itu,ahli diminta memakan ais sebanyak sekilo seorang dan diminta berjanji membuat penyerahan nyawa secara total , harta dan apa sahaja yang ada kepada Azhar bin Wahab.
Ulasan:
Sikap taksub kepada guru adalah salah satu dari gejala melampau. Sikap melampau adalah bertentangan dengan sikap adil dan sederhana yang dituntut dalam Islam seperti Firman Allah dalam
Surah Al-Baqarah ayat 143 bermaksud;
"Dan demikianlah (sebagaimana telah kami memimpin kamu ke jalan yang lurus),kami jadikan kamu ( wahai umat Muhammad ) satu umat yang pilihan lagi adil , supaya kamu layak menjadi orang
yang memberi keterangan kepada umat manusia(tentang yang benar dan yang salah),dan Rasulullah( Muhammad )pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."
Disamping itu sikap taksub kepada guru ini juga mengundang bahaya kerana seolah-olah menjadikan diri guru sebagai Nabi yang maksum dan perkataannya seperti firman yang diturunkan
yang menyebabkan guru dianggap benar dalam apa hal sekalipun.Hal ini sama dengan apa yang berlaku dalam Al- Arqam . Telah ijtimak ulama' salaf dan khalaf bahawa semua orang boleh diambil dan ditinggal pendapatnya melainkan Nabi.
1.5 Khurafat
Beberapa amalan dalam ajaran Azhar bin Wahab adalah mengandungi unsur-unsur bid'ah dan khurafat seperti menangis dihadapan ahli - ahli dan kakitangan kerana mendakwa nampak dan tahu kesalahan
agama yang pernah dibuat oleh mereka , mengaitkan memakan ais sebagai syarat karamah , dan menggunakan keris untuk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.
Ulasan:
Khurafat adalah cerita sama ada rekaan atau khayalan dan sebagai -nya yang menyimpang dari ajaran Islam.Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat . segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan sumber yang asal seperti Al-Quran ,Hadis,Ijmak dan Qias adalah ditolak oleh Islam . Dalam
Islam , kepercayaankepada benda-benda khurafat ini adalah syirik dan boleh merosakkan akidah umatnya. Alam ghaib hanya Allah sahaja yang tahu dan tindakan sedemikian seolah-olah menyaingi kuasa Allah dan ia bertentangan sama sekali dengan akidah Islam . Berdasarkan buku' Fatawa al Akidah ' oleh Sheih Muhammad bin Saleh bin Uthaimin, halaman 375 menyatakan ;
"sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib sesungguhnya dia telah kufur kerana mendustakan Allah Taala . Allah memerintahkan Nabi Muhammad memberitahu bahawa baginda tidak
tahu perkara-perkara ghaib melainkan Allah . Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara ghaib sesungguhnya dia telah mendustakan Allah Taala.
2 ) Dari Segi Syariat
2.1 Dam
Dam hanyalah berlaku semasa mengerjakan haji sahaja . Ini seolah-olah telah mereka-reka syariat baru iaitu membayar dam disebabkan satu kesalahan .
2.2 Solat Jamak
Solat Jamak hanya boleh dilakukan dalam keadaan tertentu sahaja seperti musafir dengan niat ibadat. Ianya merupakan rukhsah khusus dalam keadaan tertentu sahaja. Amalan Solat Jamak secara berterusan ini adalah merupakan amalan orang-orang Syiah.
3 ) Dari Segi Akhlak
3.1 Memberi Barakah dan Syafa'at
Barakah hanya boleh diberi oleh Allah S.W.T sahaja, bukan manusia . Azhar menunjukkan ia membesarkan dirinya dan mengagungkannya hingga ke tahap dia boleh memberi berkat. Ini bertentangan dengan roh Islam , sedangkan sahabat dan ulama' terdahulu,tidak pernah mendakwa sedemikian. Firman Allah S.W.T dalam Suran Al-Baqarah ayat 255 bermaksud ;
" Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)melainkan Dia, yang tetap hidup , yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya) yang tidak mengantuk usahkan tidur , yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi . Siapakah yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi.Siapakah yang dapat memberi syafa'at disisi Allah tanpa izin Nya? Allah
mengetahui apa-apa dibelakang mereka.Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi . Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya , dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
3.2 Bersumpah dengan Al-Quran
Semasa bertemu dengan Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah JAKIM,Azhar bin Wahab telah bersumpah dengan nama Allah sambil memegang Al-Quran walaupun tidak diminta berbuat demikian .
Lazimnya bersumpah sebelum diminta seolah-olah menunjukkan bahawa dia merasakan dirinya tidak boleh dipercayai lalu berbuat demikian. Bersumpah dengan memegang atau mengangkat Al-Quran adalah bid'ah dan perlu dijauhi atau diperbetulkan. Lagipun dalam kes 'Li'an' sahaja boleh berbuat demikian . Ini seolah-olah mempermainkan Al-Quran.
4 ) Penutup
Berdasarkan kepada hasil penyelidikan serta pengakuan bekas ahli-ahli AlMansur yang ditemui serta hasil pertemuan dengan peneraju utama kumpulan berkenaan , maka kedudukan Ajaran Azhar bin Wahab adalah bercanggah dengan akidah dan syariah Islamiah.
- 829 reads
Printer-friendly version
