Fatwa Mengenai Pengkid
Tarikh Keputusan:
14 Dec, 2008 Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Dis 2008 telah membincangkan fatwa mengenai Pengkid. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
Wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam. Begitu juga lelaki yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti perempuan adalah haram di sisi Islam.
Mesyuarat juga mengesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala-gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada generasi muda khususnya dalam aspek pakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala-gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnah Allah.
Negeri:
- 428 reads
Printer-friendly version
