Fatwa Mengenai Sembahyang Jumaat Di Dalam Penjara Atau Pusat Tahanan
Tarikh Keputusan:
23 Sep, 2001 Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 23 Sep 2001 telah membincangkan mengenai mengenai sembahyang Jumaat di dalam penjara atau pusat tahanan. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:
Sembahyang Jumaat di dalam penjara atau pusat tahanan adalah diharuskan dengan syarat-syarat seperti:
1. Tahap keselamatan untuk mengadakan Sembahyang Jumaat tersebut adalah terjamin.Perkara ini bergantung kepada kemampuan pihak berkuasa terbabit.
2. Hendaklah ada bersama jemaah Jumaat ini seorang Imam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan empat (4) orang pemastautin dari mukim pusat tahanan tersebut
Keterangan/Hujah:
Negeri:
- 819 reads
Printer-friendly version
