Fatwa Tentang Ajaran Ahmadiah/Qadiani

Tarikh Keputusan: 
22 Jun, 1998
Keputusan: 
 
1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh Ulama"-ulama" Islam serata dunia.

2. Jabatan Agama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan D.Y.M.M. Sultan Selangor serta beberapa orang Alim Ulama" di Negeri Selangor ini. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad (keluar dari Agama Islam). Maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat.

Antara ciri-ciri ajaran itu ialah:


(a) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa:

(i) Sebagai Nabi yang menerima wahyu.
(ii) Imam Mahdi.
(iii) Isa al-Masih.
(iv) Mempunyai mukjizat.
(v) Para Nabi menyaksikan dirinya.
(vi) Malaikat sebagai pancaindena Tuhan.
(vii) Nabi Isa A.S. telah mati dan kuburnya di Srinagar.

(b) Ibadah haji di Qadian, India.

(c) Menafikan jihad.

(d) Mengubah ayat-ayat al-Quran.

Orang-orang Islam adalah dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-buku berikut:


(a) 'Invitation To Ahmadiyah' yang dikarang oleh Hazrat Hj. Mirza Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II)

(b) 'Penawar Racun Fitnah terhadap Ahmadiyyah' yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema"at Ahmadiah.

(c) 'Alam Sebagai Saksi' yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hassan.

(d) 'The Holy Quran With English Translation And Commentary' (Vol. II, Part I) yang dikarang oleh M. Mas"ud Ahmad.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
24 Sep, 1998
Nombor Rujukan: 
[(JAL. Sel. 8069/2; PU. Sel. A
Akta/Enakmen: 
Sel. P.U. 15
Negeri/Group: