Fidyah Sembahyang Dan Puasa

Tarikh Keputusan: 
28 Sep, 1981
Huraian Tajuk/Isu: 

Hukum mengenai qadha sembahyang dan bayar fidyah puasa bagi si mati.

Keputusan: 

Tiada diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati.
Manakala hukum fidyah puasa, sekiranya orang yang mati sedang menanggung puasa fardhu dan berkesempatan untuk menqadhakanya tetapi ia tidak berbuat demikian maka dikenakan fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan sebanyak 15 tahil beras. Jika puasa itu tidak diqadhakan lewat bertahun maka fidyah akan berganda mengikut bilangan tahun.

Keterangan/Hujah: 

Terdapat 3 pendapat mengenai hukum fidyah sembahyang di dalm mazhab Shafie, antaranya:
i) Tidak diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati.
ii) Diqadhakan sembahyang si mati oleh waris atau kerabatnya, boleh di keluarkan harta peninggalan si mati bagi tujuan tersebut tetapi tiada di buat fidyah.
iii) Boleh dibuat fidyah ke atas setiap waktu yang ditinggalkan oleh simati dengan kadar 15 tahil beras setiap sembahyang.

yang muktamad adalah pendapat pertama.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: