Hukum Dan Penjelasan Mengenai Pembelian Harta-Harta Lelong Yang Dijual Secara Lelong Oleh Agensi-Agensi Kerajaan.
Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah membincangkan hukum dan penjelasan mengenai pembelian harta-harta lelong yang dijual secara lelong oleh agensi-agensi kerajaan. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
Harta-harta yang dijual secara lelong oleh agensi-agensi kerajaan seperti Kastam dan lain-lain, sekiranya harta-harta itu diperolehi oleh Kerajaan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti Mahkamah telah membuat keputusan barang-barang atau harta-harta dilelong maka pembelian harta-harta tersebut adalah harus.
Negeri:
- 517 reads
Printer-friendly version
