Hukum Istibdal Tanah Wakaf Tengku Kaya Pahlawan

Tarikh Keputusan: 
23 Sep, 2001
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 23 Sep 2001 telah membincangkan hukum Istibdal tanah wakaf Tengku Kaya Pahlawan. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
 
1) Bahawa tanah-tanah Wakaf al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan yang tertulis dalam surat cara Wakafnya itu tidak boleh dijual beli dan ditukar ganti (استبدال) dengan tanah yang lain kerana dalam surat tersebut telah dijelaskan maksud Wakaf beliau dengan lafaz yang sorih.

2)Mesyuarat bersetuju supaya Majlis Agama Islam Kelantan mengambil langkah-langkah lain yang tidak bercanggah dengan Syara' dalam usaha memajukan tanah-tanah Wakaf Tengku Kaya Pahlawan dan tanah-tanah Wakaf lain seumpamanya.

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: