Hukum Masalah Rujuk

Tarikh Keputusan: 
6 Mar, 1989
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Pada 23 Mei 1986 sepasang suami isteri telah bercerai dan didaftarkan di Pejabat Agama Islam, Klang, dan pada 29 Mei 1986 kedua pasangan suami isteri tersebut telah berbaik-baik semula dan bersetuju hendak rujuk dengan perkataan :

Isteri berkata: Awak hendak tak rujuk ?

Suami berkata .: Saya hendak, kemudian saya rujuk dengan awak, awak setuju ?

Isteri berkata: Saya setuju.

AF Tuan Kadi Klang ingin mendapatkan penjelasan adakah rujuk tersebut sah ?

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta untuk memberikan fatwanya mengenai perkara ini.

Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) dalam persidangannya bertarikh 6 Mac 1989 bersamaan 28 Rejab 1409 telah membincangkan perkara di atas dengan panjang lebar dan membuat keputusan seperti berikut :

"Setelah dibahaskan, Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan bahawa rujuk yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah sah kerana lafaz rujuk itu jelas.

Dalilnya :

Ertinya :

Daripada Abi Hurairah katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W. tiga perkara persungguhan terbilang sungguh dan gurauan terbilang sungguh iaitu nikah dan talak dan rujuk "

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: