Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

Tarikh Keputusan: 
14 Feb, 2007
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bersetuju menerimapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-76 pada 21-23 November 2006 bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat HARUS digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syara'.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
JMM/BFB(S)/351/535/04JLD.9(1)
Negeri/Group: