Hukum Membina Dan Merobohkan Bangunan Masjid

Tarikh Keputusan: 
3 Jan, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 
Hukum Membina Dan Merobohkan Bangunan Masjid
Keputusan: 
Adalah harus merobohkan masjid bagi tujuan pembinaan masjid baru dengan syarat-syarat yang berikut:

(a) sebuah surau bertaraf sementara hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak bagi tujuan sembahyang Jumaat Kariah berkenaan;

(b) perkakas atau alat-alat yang masih boleh digunakan hendaklah terus digunakan atau dipanjangkan manafaatnya kepada masjid lain yang berdekatan atau dipanjangkan manafaatnya untuk tujuan wakaf sahaja;

(c) lebihan batu bata, simen, kayu serta besi dari tapak tersebut hendaklah terus digunakan atau dipanjangkan manafaatnya bagi tujuan wakaf sahaja; dan

(d) pembinaan kuarters dan kediaman kakitangan masjid adalah tertakluk kepada pandangan dan kelulusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
25 Jan, 2007
Nombor Rujukan: 
[PMWP/100/20 klt 2;PN(PUĀ²)530/IV
Akta/Enakmen: 
Seksyen 34 - Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah -Wilayah Perekutuan) 1993
Negeri/Group: