Hukum Mendirikan Solat Jumaat di Masjid Selat, Pulau Melaka, Melaka

Tarikh Keputusan: 
16 Nov, 2006
Keputusan: 
Majlis Agama Islam Melaka HARUS membenarkan solat Jumaat didirikan di Masjid Selat, Pulau Melaka secara berterusan bermula dari tarikh 24 November 2006 tanpa melibatkan pemecahan kariah. Sementara itu solat JUmaat di masjid Banda Hilir, Melaka akan tetap didirikan pada setiap hari Jumaat seperti biasa. Oleh yang demikian, penduduk-penduduk yang tinggal di di beberapa buah taman perumahan yang berdekatan dengan masjid Selat, Melaka hendaklah menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut, manakala penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran dengan masjid Banda Hilir hendaklah menuanikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
JMM/BFB(S)/351/535/04JLD.8(14)
Negeri/Group: