Hukum Mengenai Kursus ESQ Leadership Training

Tarikh Keputusan: 
16 Nov, 2010
Keputusan: 
 
  1. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah berbincang mengenai Kursus ESQ Leadership Training dalam beberapa siri mesyuarat di samping beberapa taklimat yang disampaikan oleh pelbagai sumber. Jawatankuasa ini yang bersidang pada 15 – 16 November 2010 telah mengambil keputusan supaya umat Islam diberikan peringatan dan nasihat berkaitan Kursus ESQ Leadership Training yang dijalankan di negara ini.
     
  2. Jawatankuasa ini telah bersetuju sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:
    i.Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati terhadap buku ESQ karangan Ary Ginanjar Agustian dan kursus-kursus latihan yang ada kaitan dengan buku berkenaan, kerana terdapat banyak istilah dan kenyataan yang mengelirukan dan boleh membawa kepada kecelaruan akidah.
     
    ii.Selain itu, sebarang aktiviti berkaitan ESQ adalah dilarang daripada dijalankan di negeri Perlis.
     
  3. Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember 2010.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group:

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI