Hukum Menjual Kura-Kura , Labi-Labi dan Seumpama Dengannya.

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
Apakah hukum menjual kura-kura,labi-labi dan seumpama dengannya?
Keputusan: 
 
Setelah dikaji beberapa kitab Feqah dalam Mazhab Syafie dan juga fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Mufti Kelantan beberapa ketika yang lalu, masalah yang berbangkit itu dapatlah disimpulkan seperti berikut:

(i) Menjual kura-kura kerana semata-mata tubuhnya atau dagingnya untuk dimakan atau lainnya yang tidak mendatangkan faedah menurut syarak kepada orang Islam atau bukan Islam adalah haram.

(ii) Kura-kura boleh dijual dan boleh dimakan hasil jualannya. Jika kura-kura itu dijual kepada orang bertujuan memelihara untuk mendapatkan telur.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: