Hukum Menternak Cacing dan Lintah Untuk Tujuan Perdagangan
Tarikh Keputusan:
30 Apr, 2008 Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 Apr 2008 telah membincangkan hukum menternak cacing dan lintah untuk tujuan perdagangan. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
1) Menternak serta menggunakan lintah dan cacing untuk tujuan perdagangan, kosmetik dan pemakanan kesihatan adalah diharuskan. Oleh itu harus menternak kedua-dua haiwan ini.
2) Lintah adalah haiwan yang suci dan halal kerana termasuk daripada haiwan air dan ia tidak mendatangkan mudarat kepada penggunanya.
3) Cacing juga binatang yang suci dan halal kerana ia tidak tergolong daripada haiwan kotor ( الخبائث ). Dan ia tidak memberi mudarat kepada penggunanya.
Negeri:
- 366 reads
Printer-friendly version
