Hukum Merobohkan Masjid Lama Sungai Jerneh, Alor Gajah, Melaka
Tarikh Keputusan:
15 Jun, 2005 Keputusan:
Setelah berbincang dan meneliti kertas permohonan ini, Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan bahawa:-
a) Harus merobohkan masjid lama Sungai Jernih memandangkan keadaan masjid tersebut yang telah usang dan terbiar serta sudah tidak digunakan lagi.
b) Kayu-kayu lama daripada masjid berkenaan yang masih boleh digunakan hendaklah diagih-agihkan kepada masjid-masjid lain yang memerlukan. Sekiranya tiada masjid yang memerlukan, maka ia hendaklah diagihkan kepada surau-surau atau madrasah untuk keperluan-keperluan lain yang boleh mendatangkan manfaat. Manakala batu-batu yang tinggal hendaklah ditambahkan di kawasan tapak berkenaan dan peralatan-peralatan yang sudah tidak boleh digunakan bolehlah dibakar.
Negeri:
- 339 reads
Printer-friendly version
