Hukum Peraduan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Tarikh Keputusan: 
2 Mar, 2006
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 2/2006 yang bersidang pada 2 Safar 1427H bersamaan 2 Mac 2006 sebulat suara bersetuju memutuskan seperti berikut:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 2/2006 bersetuju dan menerimapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-64 pada 27 Julai 2004 seperti berikut:

'Peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur eksploitasi, kesamaran (tidak jelas), pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam pengertian judi. Dari itu, hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi syara'.'
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: