Hukum Selawat Atas Nabi Muhammad SAW Di Dalam Khutbah Jumaat Yang Kedua

Tarikh Keputusan: 
11 Jun, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 
Hukum berselawat ke atas Nabi SAW oleh makmum dalam khutbah yang kedua
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 11 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Hukum Selawat Atas Nabi Muhammad SAW Di Dalam Khutbah Jumaat Yang Kedua
 
Alhamdulillah fatwanya:

Berdasarkan syarat-syarat dua khutbah, maka amalan imam berhenti sebentar pada perkataan junjungan kita untuk membolehkan bilal dan para makmum membaca selawat bersama-sama imam adalah dibolehkan, kerana perbuatan tersebut tidak merosakkan syarat-syarat dua khutbah. Seperti mana yang diterangkan di atas, dan ia tidak bertentangan dengan hadis


اذا قلت لصاحبك يوم الجمعة أنصت-والامام يخطب-فقد لغوت
(رواه الجماعة الا ابن ماجه)

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: