Hukum Wakalah Dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadah Qurban.
Tarikh Keputusan:
4 Jul, 2006 Keputusan:
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan seperti berikut:
1. Bersetuju menerimapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-66 bahawa:
a) Hukum asal wakalah adalah harus.
b) Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain dengan keizinan muwakkil.
c) Harus mengagihkan daging qurban ke tempat atau negara lain.
d) Tidak harus mengagih dan memberi makan daging qurban kepada orang bukan Islam.
2. Bagi perkara (d), Mesyuarat menerimapakai dengan mengkhususkan kepada kafir harbiyy sahaja.
Negeri:
- 431 reads
Printer-friendly version
