Isu Pembelian dan Penggunaan Alcohol Analyser ( Alat Pengesan Alkohol)

Tarikh Keputusan: 
13 May, 2000
Keputusan: 

Jawatankuasa memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
1. Jawatankuasa Syariah memberi sokongan penuh kepada pegawai Penguatkuasa untuk membeli dan menggunakan alat tersebut.
2. penggunaan alat ini tidak bertentangan dengan kehendak syarak bahkan peralatan yang lebih canggih patut digunakan sebagai memenuhi tuntutan semasa.
3. pengguaan peralatan ini oleh sesetengah negeri ternyata berkesan bagi mengawal mesyarakat Islam terlibat dengan arak.
4. kaedah pengguaan alat ini mengikut kaedah pakej belian dan latihan.
5. Enakmen kesalahan jenayah Syariah seksyen 9 telah memberi kuasa kepada Penguatkuasa Agama islam sehingga memaksa mereka yang disyaki meminum minuman arak bagi ujian penafasan.
6. Mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengeluarkan satu surat arahan kepada premis-premis menjual arak supaya jangan menjual arak kepada orang Islam.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: