Kedudukan Makam Saidina Kaful Ali

Tarikh Keputusan: 
13 Aug, 2003
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Kedudukan Makam Saidina Kaful Ali untuk pembinaan lingkaran luar Pulau Pinang (PORR) di kawasan Jalan Jasselton, Pulau Pinang.
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
1. Bersetuju agar makam tersebut dipindahkan ke kawasan perkuburan awam yang berdekatan.

2. Mengambil kira hukum harus memindahkan kubur atas sebab kepentingan negara dan mengelakkan berlaku perbuatan-perbuatan khurafat yang berkemungkinan berlaku di tapak perkuburan berkenaan.

3. Bersetuju dengan tawaran pindah oleh Pemaju Projek Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) untuk menghadiahkan tanah seluas 1-2 ekar kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebagai ganti pemindahan Makam Saidina Kaful Ali.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: