Kitab Yang Bertajuk ' Rahsia Mengenal Diri'

Tarikh Keputusan: 
5 Apr, 1999
Huraian Tajuk/Isu: 
Kitab yang bertajuk 'Rahsia Mengenal Diri' karangan Ustaz Hal Azwan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangandengan aqidah, syariah dan akhlak Islam
Keputusan: 
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri Pahang di bawah subsekyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

A. Bahawa kitab yang bertajuk 'Rahsia Mengenal Diri' karangan Ustaz Hal Azwan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangandengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

B. Bahawa orang atau orang-orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri' adalah sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

C. Oleh yang demikian:-

(1) mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri' adalah menyeleweng dan boleh membawah kepada murtad;

(2) mana-mana orang islam adalah dilarang;

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri';

(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan kitab 'Rahsia Mengenal Diri' atau mana-mana bahagiannya, termasuk:

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa jua bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada kitab 'Rahsia Mengenal Diri'

pada apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa jua media;

( c) mengembangkan ajaran-ajaran kitab 'Rahsia Mengenal Diri';

(d ) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab 'Rahsia Mengenal Diri'.

 

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
6 May, 1999
Nombor Rujukan: 
[SSM.Phg. 04/010/97; M.U.I.Phg
Akta/Enakmen: 
196
Negeri/Group: