Malam Nisfu Syaaban.

Tarikh Keputusan: 
9 Nov, 1997
Huraian Tajuk/Isu: 

Menyuarat mengambil maklum kertas di atas disediakan oleh Dato Haji Ambak bin Ismail bagi menghilangkan kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap amalan di malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa ini bersidang pada 16 Mac 1997

Keputusan: 

Mesyuarat bersetuju pada dasarnya menerima kertas dan hendaklah diperlengkapkan serta dibawa kembali ke dalam mesyuarat Jawatankuasa ini sebelum dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama bagi tatapan dan panduan masyarakat Islam negeri ini.
Mesyuarat bersetuju supaya diberi panduan kepada orang ramai supaya tidak membaca rangkaian doa malam Nisfu Syaaban :
" التيى يفرق قيها كل امر حكيم ويبرم "
Kerana rangkaian ini merujuk kepada Lailatul Qadar (bukan lailatul Nisfu Syaaban) dengan menasihatkan mereka supaya membaca doa-doa al-Quran dan Ma"thuraat.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: