Masalah Mengenai Kedudukan Mayat Ketika Sembahyang (Solat Jenazah)

Tarikh Keputusan: 
23 Sep, 2003
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 September 2003 telah membincangkan mengenai Masalah Mengenai Kedudukan Mayat Ketika Sembahyang (Solat Jenazah).
 
Alhamdulillah fatwanya:

"Kedudukan mayat ketika disembahyangkan adalah :

i) Mayat Lelaki

- diletakkan kepalanya pada sebelah kiri Imam dengan kebanyakan bahagian badan mayat disebelah kanan
Imam, dan Imam berdiri dibahagian kepalanya.

ii) Mayat Perempuan dan Khunsa

- diletakkan kepalanya pada sebelah kanan Imam dan Imam berdiri dibahagian punggungnya.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: