Membaca Doa يا أمان الخائفين
Adakah doa يا أمان الخائفين boleh diamalkan atau sebaliknya ?
Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Rejab 1424 bersamaan 23 September 2003 telah membuat keputusan seperti berikut :
Alhamdulillah Fatwanya:
يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ * ءَامِنــَّـا مِمَّا نــَخَافُ
يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ * سَلِّمْنــَا مِمَّا نــَخَافُ
يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ * نــَجِّنــَا مِمَّا نــَـخَافُ
1. Kita digalakkan membaca doa yang warid dan ma'athur yang terdiri daripada :
i. Ayat Al-Quran Karim
ii. Hadis /doa yang menjadi amalan Rasullullah S.A.W.
iii. Doa yang diamalkan oleh para sahabat, tabiin dan ulam'a
2. Kita tidak dilarang berdoa denga karangan kita sendiri apatah lagi doa yang dikarang dan diamalkan oleh ulam'a, selagi mana kalimah / perkataan doa tersebut tidak bercanggah dengan akidah, syariat dan akhlak Islam, juga dengan adab-adab berdoa.
3. Doa يا أمان الخائفين boleh dibaca kerana doa tersebut menyeru dan memohon kepada Allah S.W.T, dan beramal dengan doa tersebut tidak menjejaskan akidah islamiah.
4. Sewajarnya pengamal doa ini tidak menghubungkan doa tersebut datang dari Rasulullah S.A.W.
- 401 reads
Printer-friendly version
