Mendirikan bangunan tambahan Kelas A-Quran dan Fardhu Ain di kawasan perkuburan dan Surau Lubuk Perah, Wakaf Tapai, Lot 8515 Mukim Bukit Payung, Marang.

Tarikh Keputusan: 
15 May, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 

Mohon kebenaran mendirikan bangunan tambahan Kelas A-Quran dan Fardhu Ain di kawasan perkuburan dan Surau Lubuk Perah, Wakaf Tapai, Lot 8515 Mukim Bukit Payung, Marang.

Keputusan: 

Mesyuarat bersetuuju tidak meluluskan permohonan mendirikan bangunan tambahan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di kawasan perkuburan dan surau Lubuk Perah, Wakaf Tapai, Lot 8515 Mukim Bukit Payong, Marang kerana tanah yang diwakafkan bagi kegunaan perkuburan orang-orang Islam hendaklah digunakan bagi maksud dan tujuan itu sahaja.

Pandangan Sahibus Samahah Al-Mufti yang dikeluarkan pada 18 November 1991 adalah dirujuk dan boleh diterima pakai bagi kes-kes yang serupa (Lampiran B).

Lampiran B

Perkara :

Pembinaan perigi di atas tanah perkuburan Islam

Jawapan :

Tanah yang diwakafkan bagi maksud perkuburan orang-orang Islam atau yang dijadikan bagi kegunaan perkuburan orang-orang Islam hendaklah digunakan bagi maksud dan tujuan itu sahaja. Sebarang penyalah gunaan tanah tersebut seperti membina binaan di atasnya atau menanam pokok-pokok kayu, membina perigi atau sebagainya adalah dilarang di sisi syarak kerana perkara-perkara seumpama tersebut boleh menghalang tanah perkuburan itu dari diguna bagi tujuannya yang asal.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: