Mengenai Kekebalan Raja-Raja, Ucapan Duli Yang Maha Mulia Kepada Raja-Raja
Tarikh Keputusan:
2 Feb, 1993 Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 2 Feb 1993 telah membincangkan mengenai kekebalan Raja-Raja, Ucapan Duli Yang Maha Mulia Kepada Raja-Raja. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
1) Bahawa semua manusia tidak mempunyai sebarang kekebalan dari segi hukum kerana mereka semua adalah tertakluk kepada hukum Allah.
2) Hak-hak keistimewaan untuk orang-orang tertentu dalam perkara-perkara tertentu ada di dalam Islam.
3) Pemilihan warna kuning oleh Raja untuk pakaian dan lain-lain, hukumnya harus.
4) Penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia terhadap Raja-Raja ketika mengadap dan lain-lain hukumnya adalah harus dengan syarat ucapan Yang Maha Mulia Raja-Raja itu tidak diniatkan sama dengan sifat Allah.
Negeri:
- 879 reads
Printer-friendly version
