Nafkah Kepada Isteri Yang Nusyuz

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
Adakah Isteri Yang Disabitkan Nusyuz oleh Mahkamah Dan Di Talakkan Oleh Suaminya Berhak Mendapat Nafkah Eddah Dan Mut"ah
Keputusan: 
Maksud Nusyuz

Yang dimaksudkan dengan nusyuz ialah penderhakaan isteri terhadap suaminya tanpa alasan yang diharuskan syara' dengan tidak mentaati perintahnya atau keluar dari rumah suami tanpa keizinannya atau tidak membenarkan suami memasuki kerumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumah suaminya atau seumpama dengannya.

Hukum Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Nusyuz

 
Isteri yang telah disabitkan oleh Mahkamah Qadi Nusyuznya, maka menurut Ijma" Ulama" bahawa nafkah kepadanya gugur kerana nafkah diwajibkan kepada isteri disebabkan ianya terkurung dalam rumah tangga. Isteri yang nusyuz ialah isteri isteri yang membebaskan dirinya dari kurungan suami dengan tidak mentaatinya, tanpa alas an yang diharuskan syara' maka gugurlah nafkah ke atasnya. Adapun isteri yang belum disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Qadi, walaupun ada angapan nusyuz, maka nafkah ke atasnya masih wajib.
Keterangan/Hujah: 
Dalil al-Quran surah an-Nisa" ayat 34 :
Yang bermaksud : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan nusyuz (derhaka) hendaklah kamu menasihati mereka, dan jika mereka berdegil, pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya) kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkna mereka. Sesungguhnya Allah maha tinggi lagi maha besar".

Dalil al-Hadis
Maksudnya : "Jika seseorang perempuan engkar untuk tidur bersama suaminya maka dia dilaknat oleh malaikat sehingga waktu subuh".

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Negeri/Group: