Pembangunan Di Tanah-Tanah Wakaf Khas Di Bawah Kawalan Majlis Agama Islam
Tarikh Keputusan:
4 Jul, 2004 Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 4 Julai 2004 telah membincangkan fatwa mengenai golongan ajaran Syiah. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
1) Tanah-tanah wakaf khas di bawah kawalan Majlis Agama Islam Kelantan seperti tanah wakaf al-marhum Tengku Kaya Pahlawan dan lain-lain, boleh dibangunkan dengan bangunan kerana tidak menghilangkan ain (harta benda) yang diwakaf. Walaubagaimanapun kehendak atau syarat pewakaf hendaklah dijaga dan dihormati kerana para fuqaha" menyebut syarat pewakaf adalah seumpama nas syara'.
2) Usaha pembangunan yang dilaksanakan di tanah-tanah wakaf khas itu hendaklah tidak menyebabkan hilang sifatnya sebagai harta wakaf atau manfaatnya, bahkan menambahkan lagi manfaatnya hasil dari pembangunan yang diusaha di atas tanah tersebut.
3) Pembangunan boleh dilakukan secara usahasama oleh pihak-pihak yang terlibat iaitu pemaju projek pembangunan dan nazir tanah wakaf khas yang menjaga kepentigan pewakaf dan mauquf alaih dengan syarat projek usahasama ini akan berlaku adil kepada kedua-dua pihak.
4) Pihak yang membangun tanah tersebut tidak boleh diberi hak kekal ke atas bangunan. Mereka hanya berhak untuk mendapat pulangan balik modal pelaburan kerana pemberian milik akan menyebabkan hilang ain ke atas tanah wakaf dan bertentangan dengan hukum syara'.
5) Pulangan pelaboran kepada pemaju di atas projek pembangunan di tanah-tanah wakaf khas ini boleh dilakukan samada :
i. Pemaju mendapatkan dahulu pulangan balik pelaboran, setelah selesai mendapat pulangan balik pelaboran, bangunan tadi dijadikan sepenuhnya sebagai harta wakaf dan segala pendapatan diurus mengikut apa yang dikehendaki oleh pewakaf.
ii. Pihak yang bertanggungjawab mengurus harta wakaf tersebut boleh mengambil kos pengurusan secara berpatutan dan selebihnya diagih sebagaimana kehendak pewakaf.
6) Majlis Agama Islam Kelantan sebagai Nazir yang menjadi pengawal tunggal
ke atas tanah wakaf aam atau khas yang terletak hak kepadanya, tiadalah boleh melakukan pemindah hakkan atau penyerah hakkan kepada mana-mana pihak lain samada mauquf alaih (pewaris si pewakaf) atau individu atau syarikat terhadap pengurusan tanah dan harta wakaf yang berada di bawah kawalan dan tadbiran Majlis Agama Islam Kelantan.

7) Dalam usaha Majlis Agama Islam Kelantan memajukan tanah wakaf khas
Al-marhum Tengku Kaya Pahlawan di Lot 2136 Mukim Panchor, Kota Bharu dengan membina kompleks Islam yang mengandungi Maahad Tahfiz Al-Quran, rumah anak yatim, markaz saudara baru dan beberapa lot gudang perniagaan, mesyuarat membuat keputusan bahawa pembangunan projek ini diharuskan dan tidak bercanggah dengan hukum syara'.

Negeri:
- 430 reads
Printer-friendly version