Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1428/2007M

Tarikh Keputusan: 
18 Jul, 2007
Keputusan: 
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa:

a) Harga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1428H/2007M ialah sebanyak RM 4.70 seorang.

b) Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras Super Tempatan Gred A, mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

c) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar zakat fitrah kepada "amil-"amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1428H/2007M.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: