Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1429H/2008M

Tarikh Keputusan: 
11 Sep, 2008
Keputusan: 
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa:

a) Harga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1429H/2008M ialah sebanyak RM6.30 seorang.

b) Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras super tempatan gred A, mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

c) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar zakat fitrah kepada 'amil-'amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1429H/2008M.

d) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa juga bersetuju agar keputusan fatwa tersebut diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka agar ia mempunyai autoriti dari segi undang-undang dan tidak dapat dipertikai oleh mana-mana pihak.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: