Pengambilan Balik Tanah Wakaf Lot 496 GM 121 Mukim 16, Seberang Perai Utara.

Tarikh Keputusan: 
13 Aug, 2003
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Pengambilan balik tanah wakaf Lot 496 GM 121 Mukim 16, Seberang Perai Utara seluas 1.131 ekar oleh PERDA untuk tujuan pembangunan Kampung Teluk, Sungai Dua, SPU.
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah meutuskan seperti berikut :-
 
1. Pengambilan tanah wakaf tersebut adalah untuk kepentingan awam dengan membayar pampasan mengikut kadar yang tertentu yang dibenarkan oleh Islam.
 
2. Oleh itu,  wang pampasan yang diterima oleh pemegang amanah hendaklah digunakan untuk membeli mana-mana harta yang menghasilkan faedah untuk kegunaan umat Islam sebagai gantian (Istibdal).
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: