Penjelasan Mengenai Sama Ada Terlepas Atau Tidak Fardu Kifayah Berjamaah Lima Waktu Di Masjid Atau Di Surau

Tarikh Keputusan: 
27 Aug, 2002
Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah terlepas kewajipan Fardu Kifayah solat berjamaah di masjid / surau suatu Qariyah dengan didirikan jamaah dirumah mana-mana ahli Qariyah sedangkan masjid / surau kosong tidak didirikan jamaah.

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadilakhir 1423 bersamaan 27 Ogos 2002, telah mengambil keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah fatwanya ,

"Adalah menjadi kewajipan ke atas umat Islam setempat untuk mempamerkan syiar Islam, antaranya solat jamaah di masjid. Oleh itu tidak gugur kewajipan fardu kifayah jika didirikan jamaah di rumah dengan meninggalkan masjid. "

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: