Perbuatan Tidak Mendirikan Solat Jumaat Kerana Bersuluk

Tarikh Keputusan: 
17 Jul, 2008
Keputusan: 
'Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang telah bersidang buat kali 178 pada 17 Julai 2008 bersamaan 14 Rejab 1429 bersetuju membuat keputusan berikut: a. Amalan bersuluk atau khalwah oleh pengamal-pengamal tareqat tertentu tidak boleh dikategorikan sebagai keuzuran yang dibenarkan oleh syara' untuk tidak menunaikan solat Jumaat. b. Pengamal tareqat tertentu yang bersuluk diwajibkan menunaikan solat Jumaat ketika bersuluk. c. Tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka yang meninggalkan Solat Jumaat dengan alasan bersuluk walaupun sekali tanpa perlu menunggu tinggalan 3 kali berturut-turut.
Keterangan/Hujah: 
4.1 Dalil kefarduan solat Jumaat adalah di ambil dari a) Al Quran Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jum"at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (al jumu"ah : 9) b) Al Hadith لينتهين أقوام عن ودعهم الجمعات أو ليختمن الله على قلوبهم ثم ليكونن من الغافلين (رواه مسلم. ورواه أحمد والنسائي من حديث ابن عمر وابن عباس رضى الله عنهم) Hendaklah orang-orang itu menghentikan perbuatan mereka meninggalkan solat Jumaat, atau (jika tidak) Allah menyumbat mata hati mereka, kemudian akan menjadi golongan orang yang lalai. (Hadis Muslim, Ahmad dan Nasa'I meriwayatkan hadis ini melalui riwayat Ibn Umar dan ibn Abbas) 4.2 Golongan yang diberi keuzuran untuk tidak menunaikan fardhu Jumaat adalah seperti yang dinyatakan dalam hadith 1. Perempuan 2. Anak kecil 3. Orang sakit (yang berat baginya untuk pergi salat Jumaat, atau khuatir akan semakin parah penyakitnya atau melambatkan sembuh penyakitnya. Termasuk dalam golongan ini mereka yang merawatnya jika tugas ini tidak dapat dipindahkan kepada orang lain) 4. Hamba - Perkara 1,2, 3 dan 4 disebut dalam hadith berikut : الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة : عبد مملوك، أو امرأة ، أو صبي ، أو مريض (رواه أبو داود) Jumaat itu suatu kewajipan atas setiap Muslim dengan berjemaah kecuali empat golongan : hamba sahaya, perempuan, anak-anak dan orang sakit. (Hadis Abu Daud) 5. Musafir (beserta syarat) ليس على مسافر جمعة (رواه الطبراني) Musafir itu tidak wajib solat Jumaat. (Hadis Tabroni) 6. Orang yang takut akan keselamatannya (beserta syarat) من سمع النداء فلم يجبه فلا صلاة له إلا من عذر قالوا : يا رسول الله، وما العذر ؟ قال : خوف أو مرض. (رواه ابو داود بإسناد صحيح) Barangsiapa mendengar azan solat dan tidak memenuhinya maka solatnya tidak sah kecuali kerana ada uzur. Apakah uzur itu ya Rasulullah ?. Tanya para sahabat. Baginda menjawab : Takut atau sakit. (Hadis Abu Daud dengan Isnad yang sahih) 7. Orang yang tidak mendengar seruan azan (النداء) (beserta syarat) الجمعة على كل من سمع النداء Solat jumaat wajib ke atas sesiapa yang mendengar seruan azan (Hadis Abu Daud) 4.3 Hujjah golongan ini yang berpegang kepada kitab Siyar al-Salikin
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: