Perlaksanaan Ujian HIV dikalangan bakal pengantin di Johor.
Adakah saringan ujian HIV perlu diwajibkan?
Keputusan Fatwa :
Berdasarkan kepada laporan daripada Jabatan Kesihatan Johor di atas seriusnya HIV/AIDS yang mengancam umat Islam, nyawa, diri, akal dan keturunan, serta berasaskan kepada hujah-hujah syariat yang bersumberkan daripada Al-Quran, Al-Hadith, Al-Qawaid, Al-Ahkam Fiqiah dan pendapat ulamak, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Syaaban 1422 bersamaan 1 November 2001 membuat keputusan seperti berikut :
"Semua orang Islam yang hendak memohon kebenaran bernikah atau melangsungkan pernikahan atau mendaftarkan pernikahan di negeri Johor adalah diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan (HIV)."
Latarbelakang:
1. Ancaman HIV/AIDS kepada manusia sejagat secara khusus telah sampai ke satu peringkat yang boleh menggugat kelangsungan zuriat keturunan manusia.
2. Untuk mewujudkan institusi keluarga yang mantap dan harmoni, maka unsure kesihatan bakal pengantin wajar diketengahkan dalam pemilihan calon.
3. Ancaman HIV/AIDS di negeri Johor sebagaimana laporan Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah sampai ke peringkat yang membimbangkan dan perlu ditangani oleh kerajaan dan masyarakat dengan segera.
4. Di negeri Johor terdapat 8,000 orang telah dijangkiti HIV dari tahun 1989 hingga bulan Ogos 2001.
5. Daripada 8,000 orang yang dijangkiti HIV di negeri Johor, 70% daripadanya adalah orang melayu yang beragama Islam.
6. Dari jumlah ,409 orang yang dijangkiti HIV/AIDS itu, 60% daripadanya adalah dari kalangan orang bujang dan 735 orang adalah pesakit baru yang dikesan antara Januari hingga Ogos 2001.
7. Kadar jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk melayu negeri Johor bagi tahun :
1989 - 48.2 orang
1999 - 52.7 orang
2000 - 61.6 orang
Objektif:
1. Bagi memastikan semua bakal pengantin bebas daripada HIV.
2. Untuk membentuk sebuah keluarga yang sihat dan bahagia.
3. Bagi memastikan masyarakat sihat dan cemerlang.
4. Untuk mengelak berlakunya ketidak adilan kepada pasangan.
5. demi keutuhan umat Islam yang kuat.
6. mengelak daripada tuntutan fasakh.
Cara Pengambilan Hukum:
1. Bahaya HIV/AIDS kini boleh mengancam pinsip-prinsip asas syarak (المقاصد الشرعية) iaitu:
i. Penjagaan dan mempertahankan agama.
ii. Penjagaan dan mempertahankan nyawa.
iii. Penjagaan dan mempertahankan akal.
iv. Penjagaan dan mempertahankan harta.
v. Penjagaan dan mempertahankan maruah keturunan dan zuriat.
Oleh yang demikian adalah wajar hal-hal yang boleh membawa kepada kemudaratan dan kelemahan perkara-perkara di atas di haling dari berlaku. Adalah perlu bagi kita mengamalkan cara hidup sihat dengan mendekatkan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan. Ini adalah kerana falsafah " mencegah adalah lebih utama dari mengubati
- 523 reads
Printer-friendly version
