Permohonan Fatwa Atau Pandangan Hukum Syarak Mengenai Hukum Menjama'
Tidak harus menjama"kan solat fardhu kerana terlibat dengan kuliah atau peperiksaan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Ini adalah kerana keadaan tersbut bukanlah dianggap dharurat yang mengharuskan menjama"kan solat fardhu. Pertimbangan ini adalah betrdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Ftawa Kebangsaan kali ke 14 pada 22-23 Oktober 1985 yang menyatakan bahawa dalam Islam, uzur syar"i adalah disertikan sebagai :-
a) Keuzuran yang diluar kuasa sesorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujuan, ribut dan taufan.
b) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.
c) Keuzuran berkenaan dengan kemungkinan berlaku kerosakan bahan pengusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Jumaat.
Berhubung dengan persoalan menangguhkan solat Zuhur setelah masuk waktunya dengan tujuan melakukan solat jama" dan qasar bersama dengan solat Adar dalam perjalanan, maka alasan mengenainya adalah seperti berikut:-
'Tidak boleh melakukan solat jama" dan qasar sebelum bermusafir (memulakan perjalanan). Oleh yang demikian, solat Zuhur tersebut tidak boleh dijama"kan dengan solat Asar atau diqasarkan memandangkan perjalanan belum dilakukan).'
- 366 reads
Printer-friendly version
