Permohonan Menaik Taraf Surau Diri Jumaat Al Hidayah Al Islamiyyah Kampong Orang Asli Kenang Baru Jalong Tinggi Sungai Siput Kepada Masjid.

Tarikh Keputusan: 
6 Nov, 2008
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada8 Zulkaedah 1429 bersamaan 6/11/2008 kali ke 179 bersetuju meluluskan permohonan untuk menaik taraf surau diri Jumaat Al Hidayah Al Islamiyyah Kampong orang asli Kenang Baru Jalong Tinggi Sungai Siput kepada masjid dengan syarat tapak masjid itu hendaklah digariskan atas nama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak atas asas keperluan masyarakat setempat yang semakin bertambah dan masjid sedia ada agak jauh dan terkeluar dari kariah surau diri Jumaat Al Hidayah Al Islamiyyah Kampong orang asli Kenang Baru Jalong Tinggi dan juga sebagai satu syiar dikalangan masyarakat orang asli kepada agama islam.  
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
179
Negeri: