Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Dalam Kawasan Kem Latihan Khidmat Negara (LKN)

Tarikh Keputusan: 
25 Feb, 2004
Keputusan: 

Mesyuarat memutuskan seperti berikut:

1. Sembahyang Jumaat tidak harus didirikan di dalam kawasan Kem Latihan Khidmat Negara tersebut.

2. Pihak urusetia kem latihan berkenaan disaran supaya:

a) Menyediakan pengangkutan untuk peserta berulang-alik ke masjid berhampiran.

b) Pembinaan khemah tambahan boleh dibuat di masjid-masjid yang mengalami masalah kepadatan jemaah disebabkan kehadiran peserta Latihan Khidmat Negara tersebut.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: