Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Surau Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET), Taboh Naning, Melaka

Keputusan: 

Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan bahawa:

Sembahyang Jumaat tidak harus didirikan di Surau Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET), Taboh Naning berdasarkan:

a) Pelajar dan kakitangan lelaki Islam di Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET) adalah bertaraf pemukim yang wajib Jumaat tetapi tidak dikira sebagai bilangan ahli Jumaat seramai 40 orang yang cukup syarat untuk mengesahkan Jumaat di sisi syara' mengikut qawl mu"tamad Mazhab Syafi"iyy.

b) Bilangan lelaki Islam bertaraf pemastautin di Kariah Masjid Taboh Naning seramai lebih kurang 100 orang adalah menjadi asas dalam menyempurnakan syarat sah Jumaat di masjid berkenaan. Sekiranya sebahagian mereka diarah mendirikan Jumaat di Surau Universiti Kuala Lumpur, sebagai salah satu asas bagi memenuhi syarat sah Jumaat, maka dibimbangi akan timbul kekurangan jemaah di Masjid Taboh Naning sendiri.

c) Masjid Kariah Taboh Naning pula masih boleh menampung jemaah pada setiap hari Jumaat termasuk para pelajar dan kakitangan lelaki Islam dari Universiti Kuala Lumpur dan pihak masjid juga bercadang untuk membesarkan masjid tersebut.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: