Permohonan Menyatukan Parit Mukim Bandar Kampong Gajah Dan Mukim Pasir Panjang Ulu, Kampong Gajah.
Tarikh Keputusan:
6 Nov, 2008 Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 8 Zulkaedah 1429 bersamaan 6/11/2008 kali ke 179 bersetuju meluluskan permohonan untuk menyatukan Parit Mukim Bandar Kampong Gajah dan Mukim Pasir Panjang Ulu, Kampong Gajah yang kekurangan ahli kariah bagi mendirikan solat Jumaat adalah seperti berikut:
Mukim Bandar : Kariah Masjid Ghufraniah Kampong Bandar Tua disatukan dengan kariah Kampong Pasir Jenderis. Manakala Masjid Hamidiah Kampong Air Mati dan Masjid Al Madinah Kampong Bandar hendaklah dibuat solat zohor.
Mukim Pasir Panjang Ulu : Kariah masjid Pulau Gajah disatukan dengan kariah masjid Pulau Besar dan hendaklah dibuat penggilir Jumaat.
Negeri:
- 363 reads
Printer-friendly version
